pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.
Bekas ahli Umno akui bantu warga asing daftar IC di Sabah
(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING
JAYA 28 FEB 2013: Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata,
beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad
pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan
pengundi BN.
Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.
“Setiap
kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan.
Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan
diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata
bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media
di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Siti
Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah
di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno
Sabah.
Dedahnya,
projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam
pilihan raya umum.
Siti
Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima
peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen
Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang
tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.
“Masa
mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia
dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama
telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.
“Bila
kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah
jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke
pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.
No comments:
Post a Comment