Friday, December 5, 2014

238. BERSIH: 'Projek IC' patut dibawa ke mahkamah

BERSIH: 'Projek IC' patut dibawa ke mahkamah

Gabungan NGO BERSIH mendakwa Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa mengaburi kebenaran dalam hasil siasatan Suruhanjaya Siasaran Diraja berhubung isu pendatang asing di Sabah.

BERSIH dalam kenyataannya mempersoalkan bagaimana Ali boleh menyimpulkan bahawa tiada motif politik dalam isu pemberian kad pengenalan kepada golongan tidak layak.

Sepatutnya, tegas NGO itu, keterangan berhubung 'Projek IC' dan persoalan yang dibangkitkan mengenai penglibatan ahli politik di peringkat tertinggi patut disiasat selanjutnya di mahkamah.

"Kami terkejut kerana RCI tidak mengemukakan apa-apa saranan berhubung perkara ini, sedangkan merekalah yang bertanyakan mengenai soalan itu," kenyataan BERSIH dipetik.

Gabungan NGO itu merujuk kepada laporan RCI berhubung kenyataan lima orang saksi: Pegawai Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim, dan empat orang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, Ramli Kamarudin, Abdul Rauf Sani, Asli Sidup dan Yakob Damsah.

Suruhanjaya itu membuat kesimpulan bahawa “Projek IC” mungkin benar-benar wujud.

No comments:

Post a Comment