Tuesday, December 16, 2014

253. Deputy Chief Minister to head the working committee??

 HM Zahid has announced the terms of reference ( ToR ) for the Permanent Committee and the Working Committee . He said the Permanent Committee would be jointly chaired by him and chief minister Datuk Seri Musa Aman while joint secretaries to the committee will be the State Secretary and Federal Secretary.

 The Working Committee,there are five (5) ToRs )

 namely (1) Scrutinise and study the RCI's findings and its issues for the purpose of future improvement

 (2) Study public feedback and complaints as well as opinions on the management of foreigners in Sabah

 (3) Study implementation on the management of foreigners in Sabah 

(4) Submitting recommendations on the position of foreigners based on existing laws and regulations and 

(5) Preparing an action plan to resolve the problems of foreigners in terms of social,economy,security and other aspects. 
 
The Working Committee would comprise the Home Ministry,Immigration Dept,National Registration Dept (NCR),Human Resource Dept,National Security Council (NSC),Chief Minister;s Dept,Sabah Federal Taskforce,Eastern Sabah Security Command ( ESSCOM,Police,Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA),Sabah Ports Authority,State Attorney-General and relevant agencies. As for the Permanent Committee chaired jointly by the Home Minister and Chief Minister,there are three terms of reference (ToRs) namely (1) Study all recommendations and proposals submitted by the working Committee for further improvements (3) Recognise and verify those recommendations and proposals to be discussed and considered in the State and Federal Cabinets for implementation and (3) Monitor implementation of the Cabinet's decisions over the recommendations and proposals. Members of the Permanent Committee are the Home Ministry Secretary-General,Human Resource Ministry Secretary-General,academicians ,non governmental organisations ( NGOs),Malaysian Human Rights Commission,(Suhakan ) NSC,Attorney-General's Chambers,Finance Ministry,Election commission and Malaysian Anti Corruption Commission. Also included in the Permanent Committee are the Home Ministry,Immigration Director-General,NCR Director -General,Foreign Ministry,Education Ministry,Women,Family and Community Development Ministry,National Unity and Integration Dept,Chief Minister's Dept,Esscom and Rural and Regional Development Ministry.



Quote: "
Terma terakhir bagi Jawatankuasa Kerja ialah menyediakan pelan tindakan dalam mengatasi isu masalah pendatang asing dari segi sosial, ekonomi, keselamatan dan lain-lain."

This is an immovable item. PERIOD.



Meanngless to go on like that and so we need to lodge official complaint on the FAKE royal report of RCIIIS to UN, PM of UK, PM of Malaysia, all MPs, Foreign missions, etc
This is just another effort to delay the real solutions --


Zahid Hamidi UMUM Terma Rujukan Laporan RCI Sabah
Posted on December 16, 2014 by Suarasabah in BERITA SABAH, BERITA SEMASA, ISU HAK SABAH, ISU HANGAT
Print this entry
KOTA KINABALU – Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan terma-terma rujukan (TOR) bagi Jawatankuasa Tetap dan Jawatankuasa Kerja seperti disyorkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lima terma rujukan bagi Jawatankuasa Kerja yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ialah meneliti dan mengkaji dapatan dan isu-isu RCI dengan tumpuan untuk penambahbaikan di masa akan datang.
Terma lain ialah meneliti maklumbalas, aduan dan pandangan masyarakat Sabah melalui forum serta konsultasi berhubung pengurusan warga asing di Sabah; mengkaji pelaksanaan pengurusan pendatang asing di Sabah; dan mengemukakan syor ke atas kedudukan pendatang asing mengikut peraturan dan undang-undang.
Terma terakhir bagi Jawatankuasa Kerja ialah menyediakan pelan tindakan dalam mengatasi isu masalah pendatang asing dari segi sosial, ekonomi, keselamatan dan lain-lain.

 
Ahmad Zahid juga mengumumkan bahawa setiausaha bersama bagi Jawatankuasa Kerja berkenaan ialah Setiausaha Persekutuan Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Tiga terma rujukan bagi Jawatankuasa Tetap yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah ialah meneliti syor dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja dan memperakukan syor untuk pertimbangan jemaah menteri serta memantau pelaksanaan ke atas keputusan-keputusan jemaah menteri.
Ahmad Zahid juga turut mengumumkan anggota-anggota di bawah Jawatankuasa Kerja iaitu Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia(JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, Majlis Keselamatan Negara dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan.
Anggota-anggota lain dalam jawatankuasa berkenaan ialah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Pelabuhan Sabah, Kementerian Wilayah Persekutuan, Peguam Besar Negeri dan agensi-agensi lain yang berkaitan (jemputan mengikut keperluan).
Anggota di bawah Jawatankuasa Tetap pula ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM), ahli akademik, badan bukan kerajaan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Peguam Negara (AGC), Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Anggota-anggota lain ialah PDRM, Peguam Besar Negeri, Exco Kerajaan Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah JIM, Ketua Pengarah JPN, Kementerian Luar, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah, Esscom dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Setiausaha bersama bagi Jawatankuasa Tetap ialah Setiausaha Persekutuan Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Sementara itu, Ahamd Zahid berkata kedua-dua jawatankuasa berkenaan sudah pun mengadakan mesyuarat tidak rasmi pertamanya pada hari ini. -Bernama

Sumber Artikel :http://suarasabah.com/ http://w

No comments:

Post a Comment